• 28 Oct 2022
  • Analisis fundamental

Trading dengan berita Forex

Bagi ramai trader, berita adalah peluang yang baik untuk meraih keuntungan yang besar. Di sini, berita bermaksud pelbagai siaran data ekonomi. Setiap ekonomi utama menerbitkan statistik seperti KDNK, inflasi, kadar pengangguran, dan lain-lain dengan kerap. Jika anda trade Forex sewaktu penyiaran data-data ini, anda berpeluang untuk menangkap swing harga, mengaut keuntungan.

Walau bagaimanapun, kami harus memberi amaran kepada anda bahawa potensi keuntungan yang besar sentiasa datang seiring dengan risiko yang lebih besar – lonjakan kemeruapan dalam tempoh-tempoh sebegini. Jika anda tidak mempunyai pelan perdagangan yang kukuh untuk acara tertentu, adalah lebih baik untuk tidak terlibat dalam sebarang urusniaga dan menunggu masa yang lebih tenang.

Dalam tutorial ini, kita akan bincangkan berita trading dan siaran ekonomi dengan mendalam.

Cara membaca kalendar ekonomi

Pasaran cenderung untuk mengambil kira prospek ekonomi ke dalam harga (price in). Pertumbuhan ekonomi bermaksud kemakmuran pada masa hadapan, dan lazimnya itu bermakna matawang nasional akan menguat. Trader mencari peningkatan pertumbuhan ekonomi (siaran data ekonomi yang positif) kerana ia biasanya menawarkan trader peluang untuk memasuki pasaran dalam keadaan uptrend. Sebaliknya, laporan ekonomi yang menunjukkan kemerosotan pada pertumbuhan ekonomi akan mengakibatkan matawang nasional melemah.

Kalendar ekonomi adalah alat penting yang membantu trader memastikan mereka tidak terlepas acara penting. Strukturnya ringkas dan mudah difahami. Indikator ekonomi disenaraikan dalam satu jadual untuk satu tempoh masa yang dipilih. Anda dapat lihat tiga kolum data di sebelah indikator tertentu: bacaan sebelumnya, unjuran, dan bacaan sebenar. Sebelum data disiarkan, kalendar hanya mengandungi bacaan sebelumnya dan unjuran. Bacaan sebenar muncul setelah data disiarkan kepada umum.

image4.png

Unjuran ini adalah unjuran "konsensus", iaitu jangkaan pasaran (bank dan para pelabur berprofil tinggi). Sekiranya data sebenar lebih baik daripada unjuran, nilai matawang akan meningkat. Nilai matawang cenderung menyusut jika angka sebenar lebih buruk daripada yang dijangkakan.

Dalam kebanyakan kes, “lebih baik” bermaksud lebih tinggi daripada unjuran, dan “lebih buruk” bermaksud lebih rendah daripada unjuran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pengecualian bagi peraturan ini, contohnya seperti tuntutan elaun pengangguran dan kadar pengangguran: semakin rendah indikator-indikator sebegini, semakin baik prestasi matawang berkenaan.

Kita juga harus maklum bahawa angka yang cukup dekat dengan angka unjuran biasanya mempunyai kesan yang boleh diabaikan. Semakin besar perbezaan antara angka sebenar dan angka unjuran, semakin besar impaknya ke atas pasaran.

Bacaan sebelumnya ini tidak sepenting angka unjuran.

Tips Penting

  • Fokus pada berita yang paling penting yang boleh mempengaruhi pasaran;

  • Sehingga data yang dipilih disiarkan, dan kemudian buka urusniaga seperti yang sudah dirancang;

  • Ingat bahawa tindak balas pasaran terhadap siaran berita biasanya berlanjutan dari 30 minit hingga 2 jam;

  • Sekiranya penaakulan fundamental dan analisis teknikal anda gagal, dan reaksi pasaran terhadap berita tidak selari dengan jangkaan anda, jangan bertindak melawan arus pasaran. Pasaran sentiasa betul;

  • Jangan tergesa-gesa mahu membuka urusniaga. Tunggu signal yang kuat dan pengesahannya.

Dan sekarang, mari kita kaji tiga strategi yang boleh anda gunakan untuk trade dengan berita.

Strategi slingshot

Sebelum membuka posisi, kenal pasti aras-aras sokongan dan rintangan. Ini adalah “cut points” anda: anda boleh tutup posisi di aras-aras ini jika harga menentang anda. Tentukan jarak Renti Rugi sebelum laporan berita diterbitkan.

Untuk mengurangkan risiko ketika pasaran amat meruap-ruap apabila berita disiarkan, anda boleh lakukan perkara berikut: sebaik sahaja anda nampak pada carta H1 bahawa harga berada 10 poin di bawah aras sokongan utama, letakkan pesanan BUY STOP 10 poin di atas aras penting itu. Dengan cara ini, anda boleh mendapat manfaat daripada penyongsangan arah pasaran selepas beberapa swing awal.

Begitu juga dengan posisi short (Jual): sebaik sahaja anda melihat pada carta H1 bahawa harga berada 10 poin di atas aras rintangan utama, letakkan pesanan SELL STOP 10 poin di bawah aras penting itu.

Sekiranya harga memihak kepada anda, tetapi anda tidak pasti berapa lama gerakan tersebut akan berlanjutan, anda boleh scale out posisi anda (menutup sebahagian daripadanya). Jika harga terus bergerak menuju arah yang sama, anda boleh menutup sebahagian daripada urusniaga anda setiap 50-100 poin atau letakkan Trailing Stop.

image3.png

Trade berdasarkan jangkaan

Ideanya sangat mudah: beli berdasarkan khabar angin, jual berdasarkan fakta. Anda harus fahami sentimen pasaran mengenai matawang tertentu dan buka posisi mengikut arah sentimen ini.

Sentimen jangka pendek amat dipengaruhi oleh berita ekonomi. Sekiranya peserta pasaran menjangkakan data akan mengatasi unjuran konsensus, mereka akan mempertimbangkannya. Sebagai contoh, jika peserta pasaran menjangkakan Bank Rizab Australia (RBA) akan menaikkan kadar faedahnya, kadar pertukaran AUD akan meningkat sebelum mesyuarat bank pusat tersebut (kemungkinan kenaikan kadar diambil kira dalam pertimbangan harga yang wajar bagi matawang tersebut walaupun mesyuarat RBA masih belum berlangsung). Sebaik sahaja RBA menaikkan kadar faedahnya, peserta pasaran yang telah bersedia untuk perubahan sedemikian mungkin akan mula menjual AUDUSD, dan pasangan itu sebenarnya akan menurun selepas kenaikan kadar.

Untuk berada di kedudukan yang lebih baik dalam situasi sedemikian, anda perlu:

  • Sentiasa mengambil maklum mengenai acara dan siaran ekonomi yang akan datang;

  • Memantau siaran ekonomi mutakhir dan tindak balas pasaran;

  • Mengetahui korelasi antara pelbagai siaran berita (contohnya, bagaimana jualan runcit boleh mempengaruhi KDNK, PPI, dan CPI). Jika jualan runcit mengatasi jangkaan pasaran, kita boleh jangkakan pengumuman angka KDNK yang kuat).

Trading dengan spikes

Strategi ini boleh digunakan apabila anda trade ketika penyiaran berita atau siaran ekonomi yang penting seperti Nonfarm Employment Change (Nonfarm Payrolls – NFP). Ia salah satu indikator statistik yang paling berpengaruh yang diterbitkan oleh Biro Statistik Buruh. Ia mengukur bilangan pekerjaan yang diwujudkan dalam sektor bukan pertanian di Amerika Syarikat dalam tempoh sebulan. NFP biasanya disiarkan pada hari Jumaat pertama setiap bulan.

Nonfarm Payrolls boleh mengaruh shockwave yang bertalu-talu pada carta. Itulah sebabnya ramai peniaga lebih suka menunggu sehingga keadaan tenang semula (mereka tidak tergesa-gesa masuk ke dalam pasaran selepas pengumuman data) dan trade apabila mereka sudah mendapat gambaran yang lebih baik tentang impak yang terhasil akibat pengumuman data tersebut.

Tindakan anda sebelum pengumuman data:

  • Lihat julat di mana pasangan ini didagangkan, kemudian 5 minit sebelum pengumuman data, letakkan dua pending order (BUY STOP – 150 poin di atas harga semasa dan SELL STOP – 150 poin di bawah harga semasa);

  • Letakkan pesanan Ambilan Untung (TP) 300-450 poin di atas dan di bawah harga semasa. Anda boleh letakkan Renti Rugi anda pada harga semasa selepas salah satu urusniaga anda dibuka.

Sekiranya kesudahannya positif, anda boleh menutup urusniaga dalam keadaan untung (jangan lupa untuk membatalkan pesanan lain). Sekiranya anda bernasib baik, anda boleh menjana wang dari kedua-dua pesanan anda (jika harga berubah arah dan naik lebih tinggi sebelum jatuh atau turun sebelum naik).

>Sekiranya kesudahannya negatif, harga akan bergerak ke salah satu arah: buka pesanan pertama tetapi gagal mencapai aras ambilan untung (TP) anda. Kemudian, harga akan bergerak ke arah yang bertentangan, membuka pesanan satu lagi tetapi yang itu juga tidak mencapai aras TP anda. Jika anda mempunyai Renti Rugi (SL, Stop Loss), risiko anda akan terbatas.

image1.png

Kongsi kepada rakan-rakan: