Wajah baharu FBS

Terokai falsafah baharu kami. Skrol ke bawah untuk lihat perubahan kami
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

Kalendar
ekonomi

Buat keputusan secara bermaklumat dengan kalendar acara ekonomi dan politik yang mempengaruhi pasaran global.

MasaImpakSimbolAcaraSebelumUnjuranSebenar

Perlukan lebih banyak
maklumat?

Kalendar ekonomi adalah alat yang menyediakan maklumat terkini mengenai pengumuman dan acara penting ekonomi yang memberi kesan kepada pasaran kewangan. Ia penting untuk analisis fundamental dan membantu trader menjangkakan pergerakan pasaran, mengurus risiko, dan merebut peluang. Dengan alat ini, trader boleh sentiasa maklum tentang peristiwa yang mempengaruhi pasaran dan membuat keputusan trading yang lebih tepat.

Kalendar ekonomi mengandungi maklumat tentang acara utama ekonomi, berita penting politik,  dan impaknya terhadap pasaran. Semua ini digunakan sebagai indikator ekonomi.


Kalendar menunjukkan masa dan tarikh pengumuman indikator, matawang yang terkesan, dan tahap impak setiap indikator. Kebanyakan indikator mempunyai nilai numerikal, dinyatakan dalam bentuk peratusan atau nilai matawang, mencerminkan impak positif atau negatifnya.


Kalendar Forex kami dibahagikan kepada tiga lajur:

  • Sebelum — nilai indikator pada tempoh terakhir sebelum tempoh semasa (biasanya bulan atau tahun).
  • Unjuran — nilai anggaran berdasarkan tinjauan 20-240 ahli ekonomi.
  • Sebenar — nilai yang diterbitkan oleh sumber rasmi, seperti agensi statistik kebangsaan atau pusat analisis.

Klik pada indikator spesifik untuk mengakses maklumat tambahan dan graf yang menunjukkan perubahan nilai bulanan atau tahunan.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menavigasi kalendar ekonomi dengan berkesan dan membuat keputusan perdagangan secara bermaklumat:


  1. Tapis untuk lebih relevan: Gunakan penapis untuk melihat hanya indikator yang relevan dengan perdagangan Forex anda. Anda boleh memilih matawang atau impak indikator tertentu.
  2. Tetapkan zon waktu anda: Pilih zon waktu yang anda kehendaki di bahagian atas kalendar Forex kami.
  3. Analisis nilai numerikal: Gunakan nilai numerikal indikator untuk menilai perubahan pasaran:

    - Jika nilai sebenar lebih tinggi daripada unjuran, matawang berkenaan berkemungkinan akan meningkat.
    - Jika nilai sebenar lebih rendah daripada unjuran, matawang berkenaan berkemungkinan akan jatuh.
  4. Pertimbangkan nilai terdahulu: Gunakan logik yang sama terhadap nilai Sebelum dan Unjuran sebelum data sebenar dikeluarkan. Walau bagaimanapun, angka Unjuran bersifat preliminari, dan ia mungkin berbeza daripada angka Sebenar  dengan ketara.

Acara kewangan biasanya sudah dijadualkan lebih awal, justeru angka unjuran sudah tersedia dalam lajur Unjuran kalendar ekonomi kami ketika angka Sebenar diumumkan. Trader boleh menggunakan maklumat ini untuk membuka posisi berdasarkan jangkaan mereka berkenaan laporan ekonomi. Sesetengah trader lebih gemar menghindari pergerakan harga yang pantas dengan berehat daripada trading ketika berita diumumkan, berbanding menggunakan kalendar ekonomi.


Ada bermacam-macam strategi untuk trade sempena berita, jadi adalah penting untuk memilih satu strategi yang sesuai dengan gaya trading anda. FBS membekalkan semua perkhidmatan dan maklumat yang diperlukan kepada para trader. Pastikan anda menyemak halaman Analisis Pasaran kami untuk mendapatkan tinjauan dan analisis tentang potensi pergerakan pasaran.


Walaupun anda tidak trade sempena berita, adalah penting untuk sentiasa menyemak kalendar ekonomi atau sentiasa mengambil maklum tentang peristiwa semasa, kerana ia boleh memberi kesan yang ketara kepada turun naik pasaran.


Dengan menggunakan kalendar ekonomi secara berkesan dan sentiasa maklum, anda boleh membuat keputusan trading yang lebih baik dan mengemudi pasaran dengan lebih yakin.

Kalendar acara ekonomi kami dikemas kini secara automatik apabila laporan diterbitkan. FBS berusaha untuk menyediakan kemas kini tepat pada masanya tetapi tidak boleh dipertanggungjawabkan atas sebarang kelewatan lantaran kerana volum berita perdagangan yang besar.

FBS di media sosial

Hubungi kami

@@@@

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/6. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.