
Salah satu soalan yang paling sering ditanyakan dalam seminar-seminar kami adalah "Bagaimana saya harus memilih rangkamasa (timeframe) bila berdagang?". Mari kita rungkaikannya di dalam artikel ini!
Pertama sekali, kita harus membeza-bezakan dia ntara apa yang dipanggil rangka masa yang "lebih besar" dan "lebih kecil". Sempadannya adalah rangka masa 1 jam (H1). Rangka masa yang tempohnya lebih besar dirujuk sebagai tinggi, besar atau panjang (4 jam, harian, mingguan, bulanan), sementara rangka masa yang tempohnya lebih kecil dianggap pendek, singkat atau kecil (30, 15, 5 minit).
Faktor-faktor pemilihan
Masa yang anda ada untuk berdagang
Masa yang anda sanggup laburkan untuk berdagang adalah faktor utamanya. Jika anda mahu buat banyak dagangan sepanjang hari, pilih rangka massa yang lebih kecil dan jadilah seorang scalper atau pedagang harian (Inggeris: day trader). Jika anda tidak boleh menjadi seorang pedagang sepenuh masa dan merancang lebih dari 1-3 dagangan seminggu, anda lebih sesuai dengan rangka masa besar. Mudah, benar?
Setiap set rangka masa mempunyai kelebihannya sendiri. Rangka masa lebih besar boleh membantu anda menghapuskan "hingar bingar pasaran" dan menangkap swing harga yang besar dan "lazat". Dalam masa yang sama anda mungkin membuat lebih banyak dagangan di rangka masa yang lebih rendah. Ini membolehkan anda mendapatkan duit secara berskala: lebih banyak dagangan yang anda buka, lebih banyak peluang untuk mencapai dagangan yang memberikan penghasilan.
Personaliti anda
Bila berdagang, anda perlu pastikan anda selesa. Analisa kekuatan dan kelemahan diri anda sendiri dan usahakan agar kedua-duanya menjadi kelebihan buat anda.
Jika anda bersedia untuk menghadapi tahap stres dan tekanan yang tinggi serta membuat keputusan yang pantas, anda boleh memilih untuk berdagang pada rangka masa yang lebih kecil. Anda perlu bersikap tenang, mengkambus kerugian dengan cepat dan menahan dari godaan untuk membalas dendam terhadap pasaran jika anda kalah. Selain dari itu juga, anda akan memerlukan ketahanan emosional sekiranya anda mendapat keuntungan besar supaya anda tidak terbawa-bawa dan mula merisikokan modal terlalu besar pada satu dagangan. Perdagangan pada rangka masa lebih kecil akan membolehkan anda merasa denyut nadi pasaran dan menjadi seorang pedagang yang sangat aktif.
Ketahui cara untuk berdagang dengan lebih bijak dan menjana lebih banyak pendapatan serta mengurangkan risiko.