Langkah 1: Fahami pergerakan harga
Bukan rahsia lagi bahawa emas tidak bergerak dengan cara yang sama seperti pasangan forex, saham, atau komoditi lain, jadi langkah penting yang pertama adalah mempelajari apa yang mendorong pergerakan harganya. Harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor ekonomi, psikologi, dan geopolitik.
Inflasi dan deflasi
Emas antara aset yang paling selamat kerana daya tahannya. Ia cara yang sudah terbukti berkesan untuk melakukan lindung nilai (hedging) melawan inflasi pada saat ekonomi sedang gawat bilamana nilai wang tunai merosot dengan cepat — jadi wajarlah jika harga emas naik apabila inflasi meningkat.
Walau bagaimanapun, ketika ekonomi sedang mengalami deflasi, wang tunai menjadi lebih berharga, jadi permintaan untuk emas mungkin merosot kerana pelabur mengutamakan matawang.
Penawaran dan permintaan
Bekalan emas agak stabil kerana perlombongan emas baru perlahan dan memakan kos yang mahal. Secara hipotesis, penemuan atau kemajuan teknologi perlombongan boleh meningkatkan bekalan dan menurunkan harga.
Permintaan yang lebih tinggi mendorong harga naik. Sebagai contoh, negara seperti India dan China mendorong permintaan emas untuk perhiasan, dan emas juga digunakan dalam sains, kejuruteraan dan perubatan.
Emosi, berita dan peristiwa dunia
Krisis ekonomi dan ketegangan geopolitik menyebabkan pelabur beralih kepada emas sebagai aset selamat. Ketamakan juga boleh mempengaruhi harga emas bilamana pelabur berspekulasi tentang kenaikan harga, yang membawa kepada kenaikan harga yang drastik.
Kadar faedah dan data ekonomi lain mungkin juga memberi kesan kepada emas. Emas dan kadar faedah terkorelasi secara songsang. Begitu juga, emas juga berkorelasi songsang (negatif) dengan USD. Apabila harga emas meningkat, USD menurun, dan sebaliknya. Bagaimanapun, ketika ekonomi dilanda krisis dan ketidakpastian, mereka boleh bergerak dalam arah yang sama — trader menganggap kedua-duanya sebagai pelaburan yang selamat.
Mengapa penting untuk mengkaji harga silam
Jangan abaikan kajian sejarah harga — ia boleh memberikan anda beberapa wawasan yang berharga.
Mengenalpasti trend: ia membantu anda memahami tingkah laku emas dalam pelbagai situasi ekonomi.
Mengurus risiko anda: mengetahui butiran tentang kemeruapan masa lalu membantu pelabur membuat keputusan yang tepat.
Gunakan strategi pelaburan yang lebih baik: belajar dari masa lalu dan buat pilihan beli vs jual yang lebih baik pada masa akan datang.
Mula trade komoditi dengan FBS. Buka akaun demo sekarang.