Sertai promo FBS
Kadar pertumbuhan tahunan kompaun (Compound Annual Growth Rate) atau akronimnya, CAGR, adalah salah satu kaedah yang paling tepat untuk mengira dan menentukan pulangan untuk suatu pelaburan dalam tempoh tertentu.
Kadar pertumbuhan tahunan kompaun tidak menunjukkan kadar pulangan yang sebenar, sebaliknya ia harus dilihat sebagai satu angka pembayangan. Jadi, CAGR ialah nombor yang menunjukkan kadar peningkatan nilai pelaburan dalam jangka panjang jika ia berkembang pada kadar yang sama setiap tahun. Itu mengandaikan bahawa pendapatan dilaburkan semula pada akhir setiap tahun. Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa pelaburan berkembang pada kadar yang sama setiap tahun adalah tidak benar, dan pendapat mereka pasti ternyata betul! CAGR biasanya digunakan untuk melicinkan turun naik kadar pulangan untuk analisis dan pemahaman yang lebih baik.
CAGR = ((nilai pada akhir tempoh / nilai pada permulaan tempoh /) 1 / bilangan tahun – 1) x 100
Katakan si polan telah laburkan $10,000 pada portfolio saham beliau dengan pulangan berikut:
Mari kita kirakan CAGR menggunakan formula di atas.
CAGR = (($19,000 / $10,000 /) 1 / 3 – 1) x 100 = 23.86%
Kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 23.86% sepanjang tempoh pelaburan tiga tahun membolehkan pelabur menilai prestasi silam, membandingkan pilihan-pilihan yang ada untuk modal dan juga membuat ramalan untuk nilai pelaburan di masa hadapan.