Dalam dunia hari ini, hampir apa sahaja boleh didagangkan- daripada matawang dan komoditi sehinggalah kepada saham dan indeks. Apabila kita bercakap tentang trading dalam talian, kita memberi tumpuan kepada dua pasaran utama: Forex (Pertukaran Matawang Asing), dan CFD (Kontrak untuk Perbezaan). Bersama-sama, dua pasaran ini membuka pintu kepada pasaran global, menawarkan fleksibiliti, akses yang mudah dari mana-mana sahaja, dan peluang untuk meraih keuntungan daripada kenaikan dan kejatuhan harga.
Trading Forex membolehkan anda meningkatkan pendapatan bulanan tanpa perlu menukar kerjaya atau melaburkan banyak wang. Dalam pelajaran ini, kami akan membimbing anda mengambil langkah yang pertama.
Setelah menamatkan kursus pendek ini, anda akan mempunyai apa yang diperlukan untuk bermula dalam trading.
Sudah bersedia untuk mulakan?
Cara Forex berfungsi
Katakan anda mengembara dari negara anda ke EU. Anda menukar matawang negara anda kepada euro. Lebih ramai orang yang memerlukan euro, lebih tinggi harga euro. Mudah, bukan?
Bayangkan anda tahu bila harga akan berubah dan anda membuat wang dari situasi itu.
Anda bakal menerima segulung ijazah ekonomi dalam masa 5 saat:
Jika permintaan untuk sesuatu adalah tinggi, harganya akan meningkat; jika rendah, harganya akan jatuh. Dengan meramalkan sama ada harga akan naik atau turun dengan betul, trader boleh membuat duit.
Aset lain, seperti minyak dan gas, saham, atau matawang kripto, berfungsi dengan cara yang sama. Semua aset tersebut didagangkan di pasaran kewangan.
Perhatian: setiap instrumen trading berupa pasangan, kerana hakikatnya trading/perdagangan adalah pertukaran. Pasangan Forex yang paling popular ialah EUR berbanding USD. Pasangan ini kami tuliskan sebagai EURUSD dan kadangkala ia ditulis dengan garis miring (EUR/USD). Ia mewakili harga yang perlu dibayar untuk 1 euro dalam dolar Amerika Syarikat.
Cara orang menjana wang dalam trading dalam talian
Jika anda fikir harga akan naik, anda membelinya. Apabila harga ternyata naik, perbezaan antara harga pembelian anda dan harga baharu adalah keuntungan anda. Jika harga ternyata jatuh, anda rugi. Begitulah intipatinya secara ringkas.
Orang ramai mula melibatkan diri dalam trading untuk menjana pendapatan tambahan. Semua orang ingin mencari pilihan yang berdaya maju yang akan membantu mereka menjana lebih banyak wang.
Bagaimana caranya?
Dengan Forex, anda boleh membuat keuntungan dengan perubahan, bukan dengan aset itu sendiri. Ini dipanggil perdagangan CFD (Kontrak untuk Perbezaan). Dengan CFD, tiada pertukaran barangan sebenar berlaku - orang tidak membeli atau menjual apa-apa. Pedagang dan pelabur mendapat keuntungan daripada pergerakan harga tanpa memiliki aset itu sendiri, dengan meramalkan tingkah laku harga sesuatu aset.
| |
Buka posisi beli (long) apabila anda percaya harga akan meningkat. | Buka posisi jual (short) apabila anda percaya harga akan turun. |
Anda beroleh keuntungan jika ramalan anda betul.
Ramalan atau unjuran ini boleh dibuat dengan bantuan pelbagai alat:
Ikuti perkembangan berita makroekonomi dan politik terkini.
Ikuti berita yang berkaitan dengan instrumen kewangan tertentu, seperti emas atau saham syarikat tertentu.
Tonton laporan ekonomi penting yang disiarkan yang menunjukkan betapa mantap dan kuatnya ekonomi.
Analisis carta harga pelbagai instrumen kewangan untuk mengesan kemunculan pola-pola lazim. Terdapat banyak cara untuk meramalkan harga, dan kami akan membincangkannya dalam kursus ini.
Untuk beroperasi di pasaran kewangan, trader individu mesti terlebih dahulu menyertai broker yang akan berkhidmat sebagai perantara. Maklumat lanjut mengenai broker akan diberikan dalam pelajaran seterusnya.
Adakah perdagangan Forex (dan CFD) satu penipuan?
Jom kita rungkaikan persoalan ini sehingga jelas dan tuntas: Forex dan CFD adalah 100% sah di sisi undang-undang. Ia adalah pasaran sebenar, tetapi sama seperti mana-mana industri, pasti ada sekelompok kecil peserta yang berniat jahat dan mencemar nama baik industri. Triknya di sini, anda perlu mengelakkan diri daripada terpedaya dengan janji-janji palsu tentang kekayaan segera dan tumpukan fokus anda pada pembelajaran. Forex sendiri adalah pasaran kewangan terbesar di dunia, dibuka 24 jam sehari, lima hari seminggu. Justeru, pernyataan bahawa Forex itu sendiri satu penipuan adalah tidak benar dan tidak masuk akal. Broker yang tidak jujur, bagaimanapun, boleh menjalankan aktiviti penipuan, jadi dalam pelajaran seterusnya, akan ada panduan tentang cara-cara memilih broker.
Untuk membuktikan bahawa Forex bukanlah satu penipuan, berikut adalah dua trader Forex yang paling terkenal:
George Soros dikenali sebagai trader yang membuatkan Bank of England pokai pada tahun 1992, mengaut keuntungan sebanyak $1 bilion selepas membuka urusniaga bernilai $10 bilion dalam matawang pound sterling British (GBP).
Andy Krieger menumpukan perhatiannya pada dolar New Zealand (NZD) selepas berlaku kepanikan berkaitan aset kewangan di seluruh dunia pada tahun 1987. Dalam satu siri urusniaga, beliau telah mengaut keuntungan sebanyak $300 juta.
Dengan pengetahuan dan alatan yang betul, Forex menawarkan anda peluang untuk meningkatkan pendapatan jika anda bersedia untuk belajar dan memahirkan diri dalam bidang ini.
Kami pasti masa yang terbaik untuk bermula ialah sekarang, jadi kami telah menyediakan satu tugasan kecil untuk anda. Jika anda lulus semua tugasan, dan anda akan mendapat bonus pada akhir kursus ini. Selain itu, anda akan dianugerahkan sijil kerana telah melengkapkan program ini.
Kerja rumah:
Anda mahu lihat Forex beraksi? Buka pelayar web anda sekarang juga dan cari ‘EURUSD live chart.’ Lihat bagaimana harga berubah-ubah — di situlah tempatnya trader membuat keuntungan.
Buka pelajaran seterusnya dan mari kita selami cara-cara semua ini boleh anda terokai dengan lancar.